Thursday, February 14, 2008

Nostalgia silam - Zainaldin Zainal

Siang tadi buat pertama kalinya saya mendengar radio WanitaFM 88.1 dan berpeluang mendengar kembali celoteh dj Zainaldin Zainal yang suatu ketika dulu begitu popular sekitar tahun 80an dan 90an. Zainaldin adalah dj pertama Malaysia yang memulakan cara penyampai dj bersahaja yang kini diikuti oleh semua dj di Malaysia yang berlumba-lumba menyaingi antara satu sama lain.


Petang tadi Zainaldin Zainal menemuramah Datin Suliza Salam, cara celotehannya masih sama dan suaranya masih seperti dulu jugak...hehe masih sedap didengar tak lah berubah ketara sangat. Dulu masa dia masih bertugas di RMIK setiap pagi saya hanya akan mendengar celotehannya saja. Setiap pagi ada saja cerita lucu yang diperdengarkan samapaikan kita pendengar akan tersenyum simpul mendengarnya hehehe..begita lah Zainaldin Zainal.


So Zainaldin Zainal adalah dj evergreen yang masih digemari. 88.1 akan menjadi stesen pilihan seangkatan dengannya. Teruskan Zainaldin Zainal. Suaramu masih diminati.

Wednesday, February 13, 2008

Malaysia Tanah Air Ku





Malaysia tanah Melayu tanah airku, pusaka tinggalan nenek moyangku....tanah tempat tumpah darahku, negeri elok amat ku cinta, yang ku puja sepanjang masa.

So...sempena pilihanraya yang hampir menjelma...pilihlah calon yang bakal mengangkat Malaysia sebagai negara yang aman dan damai yang menghormati kaum asal memerintah, kaum peribumi dan juga kaum yang telah memilih Malaysia sebagai negaranya.

Malaysia Berjaya!!!

Monday, February 4, 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers